Anak sulung kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah, mencuri perhatian ramai apabila sebuah video memperlihatkan dirinya menyanyikan lagu ibunya berjudul, Lebih Indah Berpisah ternyata menyentuh hati ramai.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok, Ayden dilihat mendendangkan lagu tersebut dengan penuh penghayatan sehingga mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Malah, suaranya yang merdu serta ekspresi wajah yang tulus nyata meninggalkan kesan mendalam dihati penonton.
@didi_angel_astillah LEBIH INDAH BERPISAH cover By Ayden Adrean ❤️ @Ade Govinda @Bella Astillah #LebihIndahBerpisah ♬ original sound – Didi Angel Astillah
Anak yang cerdik
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Ayden sebagai anak yang cerdik dan bijak.
Ini kerana, tindakannya yang petah berkata-kata dan gelagatnya yang menyenangkan menjadikan Ayden meraih pujian warganet.