Menerusi video yang dimuat naik oleh @nyck470, kelihatan sekumpulan pemuda itu memberhentikan kereta mereka di tepi jalan apabila ternampak seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas menjaga speed trap.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila salah seorang daripada mereka bertindak turun dari kereta sambil memegang sebungkus air minuman untuk diberikan kepada polis tersebut.
Polis itu yang sedang fokus menjalankan tugasnya menghalakan speed trap kepada pesalah jalan raya dilihat sedikit terkejut dan sempat menundukkan kepalanya tanda berterima kasih atas keprihatinan pemuda berkenaan.