Menerusi video tersebut, seorang pemuda telah berkongsi insiden dengki yang telah dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Difahamkan, semasa itu dia sedang berjoging dan tiba-tiba terpijak paku yang berada di atas jalan raya.
Ia menyebabkan paku itu menembusi kasutnya dan terkena sedikit pada bahagian kaki, mujur saja tidak berlaku kecederaan yang teruk.
Apa yang lebih mengejutkannya adalah, dia mendapati beberapa paku telah diletakkan secara tegak di atas jalan raya berkenaan.