Menerusi video yang dimuat naik oleh @aerril_nasril, kelihatan dia dan kawan-kawannya sedang merakam video pendek mereka sempena Hari Malaysia 16 September lalu.
Dengan berlatar belakangkan lagu yang bertajuk Negaraku, video tersebut dilihat sangat menarik dan menunjukkan semangat patriotik mereka.
Namun, pada akhir video tiba-tiba pemuda yang menjadi watak utama yang memakai baju Melayu biru itu membuatkan semua ketawa.
Rupa-rupanya, seluarnya terkoyak sebaik saja dia membuka silatnya. Dia pantas menutup bahagian yang terkoyak di bawah kerana malu gara-gara bunyi yang kuat.