Menerusi video di akaun TikTok @massmurnie, kelihatan sebuah keluarga sedang makan di sebuah restoran steamboat untuk menyambut hari jadi ahli keluarga mereka.
Dapat dilihat, pemuda berkenaan telah menerima banyak hadiah daripada ahli keluarganya. Namun, dia berasa terharu dan sebak apabila melihat salah satu hadiah kotak kecil yang berisi sebuah kunci motosikal.
Dia kemudian mula mengalir mata dan memeluk ibunya. Dia juga tidak menahan sebak selepas mengetahui hadiah berkenaan adalah motosikal idamannya.
Difahamkan, pemuda itu baru sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah berjaya mendapatkan lesen motosikal baru-baru ini.