Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Penampilan Anak Sulung Kak KM Di London Dikritik Netizen – “Macam Latino, Ingatkan Anak Barat Mana Tadi”

today21 February 2023

Background

Sering dihimpit kontroversi, nama usahawan Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM sering menjadi tumpuan netizen dek imej seksinya di media sosial.

Terbaharu, percutian mereka di destinasi terkemuka, London meraih perhatian ramai yang tertumpu kepada penampilan anak sulungnya iaitu Nabila Razman.

Berdasarkan sebuah foto tular di aplikasi TikTok, Nabila memakai baju jenis ‘rompers’ dan dipadankan dengan jacket winter di luar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur pemakaian anaknya itu yang dianggap keterlaluan.

Namun begitu, terdapat segelintir netizen yang menganggap penampilan anaknya itu diibaratkan seperti peribahasa iaitu ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’ kerana Kak KM tidak kurang juga sangat seksi.

 

Semasa artikel ini ditulis, foto tersebut telahpun meraih sebanyak 330,000 tontonan, 3,000 tanda suka dan 600 komen.

Written by: Aqilah


Previous post