Menerusi video yang dimuat naik oleh @maz_lieyana88 di TikTok, kelihatan seorang gadis sedang tidur di dalam kereta.
Apa yang menghiburkan hati netizen adalah gaya gadis itu tidur sambil mulutnya ternganga. Posisinya yang kelihatan amat tidak selesa turut mendapat perhatian.
Berdasarkan kapsyen, gadis itu dikatakan penat mengikut ibunya beraya.