Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis bersama rakannya sedang sibuk mengira kembali harga makanan yang mereka pesan melalui foodpanda.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah rakannya itu dilihat begitu bersemangat menerangkan harga makanan dan cas yang dikenakan.
Dia juga siap menulis di atas kertas harga-harga makanan tersebut supaya gadis berkenaan lebih memahami.
Situasi itu membuatkan gadis tersebut terhibur melihat cara rakannya itu menerangkan harga makanan mereka.