Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Pensyarah Luar Negara Tunjuk ‘Skill’ Fasih Berbahasa Melayu Ketika Ditemu Bual

today26 May 2025

Background


Menerusi video di akaun TikTok @latifahhuang, kelihatan wartawan daripada China itu telah menemu bual beberapa orang pensyarah dari universiti luar negara.

Difahamkan, pensyarah-pensyarah tersebut mengajar bahasa Melayu di universiti di negara masing-masing.

Malah, mereka juga dilihat fasih berbahasa Melayu ketika menjawab soalan daripada wartawan berkenaan.

Bagi pensyarah yang pertama bernama Hiroki Nomoto, dia merupakan tenaga pengajar di universiti bahasa asing di Tokyo, Jepun yang mengajar bahasa Melayu dan linguistik.

Manakala, pensyarah kedua bernama Saidadul pula mengajar Xi’an International Studies University. Pensyarah ketiga pula Profesor Madya Chaiwat Meesanthan di Fakulti Sastera, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand.

Selain itu, seorang lagi ialah Profesor Doktor Shao Ying atau lebih dikenali sebagai Adibah dari Beijing Foreign Studies University yang mengajar di Jabatan Pengajian Bahasa Melayu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post