Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Video Penyanyi Latar Terkedu Lihat Aina Abdul ‘Tarik’ Vokal Nyanyi Lagu ‘Sedia Terluka’ Tular

today16 January 2025

Background

Lontaran vokal dan bakat penyanyi terkenal, Aina Abdul tidak dinafikan sentiasa memukau setiap pendengar yang hadir menyaksikan nyanyiannya secara langsung di mana-mana acara.

Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan momen penyanyi latar mengiringinya semasa Imaji Tour mengakui kagum mendengar tarikan vokal oleh pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 ini.

Menerusi video tersebut, Aina menyanyikan lagu Sedia Terluka di pentas Imaji Tour berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah membuat ramai terpukau dek kemerduan vokalnya yang tinggi itu.

@ohqarl

#sediaterluka #imaji #imajitour #ainaabdul @ainaabdulofficial

♬ original sound – Qarl El – Qarl El

“Saya amazed sekejap. Menusuk ke hati,” tulis penyanyi latar yang dikenali sebagai Dian Hashim di ruangan komen.

Artikel Berkaitan: “Tuduhan Tak Cipta Lagu Sendiri Fitnah.. Sampai Hati Cakap Macam Tu” – Aina Abdul

Written by: Aqilah


Previous post