Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Pesanan Janna Nick Di Majlis Ulang Tahun Siti Nurhaliza Raih Tumpuan – “Jangan Gatal-Gatal”

today27 January 2023

Background

Pengacara dan penyanyi, Janna Nick mencuri perhatian selepas tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan dirinya berada di majlis sambutan ulang tahun penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi video berkenaan, Janna secara spontan membawa lagunya berjudul Gatal di hadapan ramai tetamu yang hadir.

Apa yang menarik perhatian adalah di akhir persembahannya itu, Janna sempat menitipkan pesanan kepada tetamu Siti Nurhaliza untuk tidak menjadi individu yang ‘miang’.

“Jangan gatal-gatal,” kata Janna.

Pelantun lagu Cindai yang berada di samping Janna itu tersipu malu dan tertawa kecil melihat gelagat Janna yang tidak asing lagi amat dikenali sebagai selebriti ‘masuk air’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Janna yang mengusik tetamu Siti Nurhaliza.

Sebelum ini, nama Janna menjadi perbualan hangat selepas heboh kontroversi di program Famili Duo yang mendakwa dirinya adalah punca peserta program tersebut, Fyna Jebat bergaduh dengan madunya.

Janna selaku pengacara program Famili Duo tampil menjelaskan perkara sebenar serta menegaskan dia tidak mempunyai sebarang kaitan atas konflik yang terjadi antara Fyna, isteri pertama dan bekas jurulatih, Datuk Zainal Abidin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Written by: Aqilah


Previous post