Menerusi video yang dimuat naik oleh @anthraxxx781 di Twitter, kelihatan seorang penunggang motosikal terlanggar motosikal di hadapannya.
Apa yang membuat warganet geram adalah apabila penunggang motosikal tersebut menyalahkan pemandu kereta yang berada di lorong kanan seakan-akan dia tidak bersalah.
Lebih memanaskan hati adalah apabila penunggang motosikal itu tidak menolong mangsa yang dilanggar, tetapi penunggang motosikal lain pula yang turun membantu.