Menerusi video yang dimuat naik oleh @wazlinrashidd, kelihatan seorang wanita sedang cuba untuk mengenakan seorang scammer yang menyamar sebagai pengawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Pada mulanya, semuanya berjalan secara lancar. Walau bagaimanapun, wanita itu telah kantoi cuba menipu si scammer apabila dia diminta memberikan nombor kad pengenalan.
Namun, apa yang menghiburkan ramai adalah apabila scammer tersebut pun sedar dirinya sedang dikenakan dan terus mengajak wanita itu berkahwin. Hal ini, membuatkan wanita itu terdiam dan tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya dengan ajakan tersebut.