Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Video pukul kanak-kanak: Ayah tiri telah dituduh di mahkamah

today19 February 2026

Background


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, seru roang ramai supaya segera buat laporan terhadap kes penderaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Polis memaklumkan seorang lelaki dituduh di mahkamah tahun lalu, susulan video tular di media sosial memaparkan seorang dewasa memukul seorang kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek kes berkenaan dituduh di mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Dis.

Suspek merupakan ayah tiri kepada mangsa, tambahnya.

Penjelasan ini menyusuli penularan suatu video di media sosial, memaparkan seorang lelaki memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak, serta mengarahkan mangsa berlari berulang-alik.

Bertindak atas laporan oleh ibu mangsa pada 19 Dis, polis menahan suspek pada 20 Dis.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.

“Pengadu telah melihat beberapa rakaman video yang menunjukkan suspek telah melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap mangsa,” menurut kenyataan.

Polis menyeru orang ramai supaya segera…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post