Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Video Puteri Sarah Dengan Syamsul Yusof Kembali Tular, Ramai Doakan Terbaik – “Sekuat Mana Pun, Wanita Pasti Kalah Dengan Rindu”

today14 September 2022

Background

Kes rumah tangga melibatkan pelakon dan pengarah terkenal, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof nampaknya masih menjadi perhatian rata-rata peminat dan pengikut pasangan ini.

Mana taknya, menerusi beberapa perkongsian video TikTok yang telah dimuat naik oleh akaun peminat Puteri Sarah iaitu @puterisarahliyanaa, terdapat video di mana pada ketika itu hubungan pasangan ini masih lagi baik.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsikan itu, Puteri Sarah dilihat meletakkan kepalanya dibahu suaminya sambil merakamkan momen mereka bersama.

 

Manakala, menerusi hantaran yang berlainan pula, terdapat video berdurasi 38 saat yang memperlihtakan foto-foto manis pasangan ini sepanjang mereka bersama termasuklah foto perkahwinan mereka.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat pasangan ini dan berharap agar kedua-duanya dapat bersama semula.

Written by: Salma


Previous post