Pelakon Puteri Sarah Liyana lega apabila kemelut rumah tangga selama empat tahun dengan bekas suami, Syamsul Yusof akhirnya berakhir dengan bercerai talak satu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul & Puteri Sarah Kemungkinan Cerai Hari Ini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof & Puteri Sarah Sah Bercerai, Talak Satu
Ketika ditemui OhBulan!, Puteri Sarah bersyukur kerana mereka akhirnya mencapai kata putus secara baik.
Alhamdulillah semua selesai. Semalam kami ada berjumpa dan sudah selesaikan semuanya dari A sampai Z (lebih details).
Ditanya momen ketika bersalaman buat kali terakhir dengan Syamsul, Puteri Sarah tersenyum.
Biar saya seorang saja tahu.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan hak penjagaan anak-anak diberikan sepenuhnya kepadanya.
Namun, sebagai ibu dia tidak menghalang Syamsul untuk bertemu dengan kedua cahaya mata mereka pada bila-bila masa sahaja.
Hak penjagaan anak-anak dekat saya. Tapi Syamsul boleh jumpa tanpa…