Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Rakan Confident Nak Masuk Kereta, Sekali Bila Tengok Orang Dalam Rupanya Salah

today4 August 2021

Background


Menerusi video tersebut, seorang gadis telah berkongsi situasi rakannya yang baru saja keluar daripada sebuah kedai.

Rakannya itu kemudian dilihat terus melulu jalan ke depan padahal kereta yang sepatutnya dinaiki berada di belah belakang.

Mungkin kerana warna dan jenis kereta sama, rakannya itu terus pergi ke kereta tersebut tanpa melihat dibelakangnya.

Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja rakannya itu mahu membuka pintu, dia melihat ada orang lain di dalam kereta berkenaan. Dia dengan pantas terus mencari kereta rakannya itu dan terus berlari ke belakang kerana malu.

Situasi tersebut membuatkan rakannya itu tergelak kerana tidak menyedari itu bukanlah kereta rakannya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah: 

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post