Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Ramai Dakwa Farisha Iris Kongsi Pentas Bertemu Raisa Guna Tiket Artis, Ini Penjelasan Empunya Badan

today22 November 2022

Background

Bahang konsert penyanyi popular negara Indonesia, Raisa yang berlangsung pada Ahad lalu masih menjadi sebutan ramai.

Antara yang menjadi tarikan ialah momen penyanyi baharu, Farisha Iris yang mengejutkan ramai apabila diberi peluang untuk naik ke atas pentas bersama Raisa.

Ia susulan sebuah video yang dikongsikan di akaun TikTok miliknya mencetuskan perbalahan antara netizen yang mendakwa dia dipanggil ke atas pentas atas tiket selebriti.

Menerusi video tersebut, Raisa meminta Farisha untuk menelefon bekas kekasihnya di hadapan orang ramai, namun panggilannya tidak diangkat.

Raisa kemudian memberi idea kepada Farisha untuk membuat video khas kepada bekas kekasihnya itu.

β€œN (panggilan bekas kekasih), saya ada sesuatu untuk awak,” katanya dan lantas menyanyikan lagu Mantan Terindah bersama-sama.

Menjawab persoalan ramai yang mendakwa punca dirinya dipanngil adalah kerana bergelar seorang selebriti, Farisha berkata dia adalah peminat fanatik Raisa.

β€œRamai yang kata saya artist la influencer bolehlah naik. Eh semalam tu saya memang fanatik gila dekat Raisa.

β€œOrang yang terdekat saja tahu saya memang peminat Raisa dan Alhamdulillah semalam adalah rezeki saya.

β€œSaya menjerit kuat untuk dia bila dia cakap β€˜Nak borak dengan peminat pasal mantan (bekas kekasih)’, jadi saya angkat tangan, jerit-jerit semua tu. Security pun dah flash lampu dekat saya, jadi saya naik lah.

β€œRezeki kan, nak buat macam mana dah naik dan dah cerita dah pun pasal ex. Tapi memang saya sangat happy sebab tak sangka dapat jumpa Raisa secara dekat sangat,” katanya.

Written by: Aqilah


Previous post