Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Ramai Terkejut Bila Ebit Lew Kolaborasi Bersama TikToker Jepun

today24 May 2023

Background

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas membuat video masakan kolaborasi bersama TikToker terkenal Jepun, Bayashi TV.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sedang memasak hidangan nasi goreng bersama TikToker berkenaan.

Apa yang lebih menarik, hasil nasi goreng yang dimasak tadi telah mereka berikan kepada gelandangan.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Video tersebut mendapat pelbagai respons wargamaya yang terkejut melihat berkolaborasi bersama pempengaruh terkenal yang mempunyai jutaan pengikut di TikTok.

“Sulit dipercayai tapi sudah di depan mata. Wah ustaz ni memang betul-betul on another level. Ni memang collab yang paling tidak expect langsung akan berlaku. Dah lama follow Bayashi TV ni, tapi paling tak expect ustaz Ebit Lew dalam video ni,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan menerima lebih 150,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin

Written by: Aqilah


Previous post