
PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, rakaman audio dan video menunjukkan Adun Sabah dikatakan terlibat dengan amalan rasuah disebarkan berkemungkinan bertujuan ‘melemahkan’ kerajaannya.
Bercakap kepada pemberita selepas pembentangan belanjawan negeri 2025, Hajiji menegaskan bahawa pentadbirannya kekal ‘kukuh’ walaupun dengan perkembangan skandal tersebut.
Hajiji juga berkata, beliau tidak dapat memberikan komen tentang sebuah video yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita hari ini membabitkan Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya, Adun Sabah keempat didakwa dilihat membincangkan rasuah dengan seorang ahli perniagaan.
“Ini susah saya (mahu) komen. Saya serahkan kepada pihak yang berwajib untuk menyiasat hal ini kerana ini mempunyai motif-motif yang tertentu … itu saja saya…