Pelakon, Reen Rahim meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterimanya sebagai Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 sempena Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 yang berlangsung pada 29 Mei lalu.
Tahniah!
Menurut Reen atau nama lengkapnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, mengakui kejayaan tersebut adalah berkat doa dan sokongan daripada kedua-dua keluarga yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami tercinta, Hazim Zainal.
15 tahun saya di dalam industri saya tak pernah diangkat dan dihargai.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini.Â
Saya tak sangka acara ini mengangkat nama Noreen Ashikin Abdul Rahim seorang wanita biasa daripada keluarga biasa.Â
Saya rasa saya terlalu kerdil untuk bagi ucapan kat depan ini sebab semua orang hebat. Tapi saya nak bagitahu VVIP saya iaitu mak ayah dan mertua saya terima kasih atas doa dan…