Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, berdasarkan laporan, warga emas terbabit menerima pesanan penumpang melalui aplikasi Grab pada jam 5.43 petang semalam untuk mengambil penumpang terbabit di Lorong Taman Keladi.
Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, penumpang iaitu remaja lelaki terbabit meminta meminjam wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah.
“Bagaimanapun pemandu itu memberitahu jika tiada wang, dia terpaksa menurunkan penumpang terbabit di lokasi berkenaan namun remaja terbabit enggan dan meminta membawanya ke rumah di Bandar Sri Astana untuk mengambil wang bagi membayar tambang itu.
“Namun sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran sebanyak RM18 daripada remaja berkenaan dan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.
“Pengadu terpaksa menurunkan penumpang itu di lokasi berkenaan dan meminta bayaran tambahan sebanyak RM9…