
IPOH: Ratusan rumah mengalami kerosakan akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa kawasan termasuk sekitar Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di sini, petang tadi.
Kejadian itu menyebabkan rata-rata penduduk di Kampung Tawas yang kebanyakannya didiami masyarakat Cina menzahirkan rasa sedih kerana bakal menyambut tahun baharu, hanya dua hari lagi.
Menurut seorang mangsa Teoh Boh Chee, 60-an, beliau terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat pada kira-kira pukul 6 petang.
“Saya sedang memasak ketika itu dan melihat sendiri bumbung rumah tercabut lalu diterbangkan angin.
“Saya tidak tahu apa perlu dilakukan kerana Tahun Baharu Cina hanya dua hari lagi…bagaimana kami hendak menyambutnya dalam keadaan begini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu, seorang peniaga Yong Chee Fong,…