Menerusi video tersebut, Ryzal juga berkongsi dia tidak sempat untuk melakukan ibadah umrah kerana hanya mempunyai beberapa jam saja untuk transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.
Dia juga telah berniat ingin melakukan ibadah umrah, tetapi apakan daya, ia tidak kesampaian dan dia terima seadanya.
“Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT.
“Perancangan Tuhan adalah yang terbaik,” katanya.