Menurut BNM, wang kertas peringatan itu dikeluarkan dalam tiga jenis iaitu wang kertas sekeping RM600, wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60.
“Bagi wang kertas sekeping RM600, ia mempunyai nilai muka wang kertas bersaiz besar dan dijual pada harga jualan RM1,700 sekeping. Ia hanya dicetak sebanyak 6,000 keping sahaja.
“Bagi wang kertas bercantum tiga dalam satu, nilai muka wang kertas ini ialah RM180 dengan harga jualan RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.
“Bagi wang kertas sekeping RM60, nilai muka wang kertas sekeping ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping dengan hanya 60,000 keping sahaja dicetak. Semua harga yang dinyatakan sudah termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya.