Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Sampai Mengigau Anak Emma Maembong Ingat ‘Coco Train’… Comelnya!

today12 May 2023

Background

Selepas telatahnya yang suka menggigit orang , anak sulung kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel sekali lagi meraih tumpuan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Emma atau nama penuhnya Fatimah Rohani Ismail, 31,  berkongsi video yang mempamerkan anaknya itu sedang mengigau sambil menyanyikan lagu kartun Coco Train.

“Kesian anak mama mengigau coco train,” katanya.

@emmashazliKesian anak mama mengigau coco train.♬ original sound – Little Shariq Arshan Gabriel – EmmaMaembong

 

Melihat kepada telatah Shariq, rata-rata pengikut aktres itu tampil memberikan pelbagai respons termasuklah ada diantara mereka yang boleh ‘relate’ dengan tindakan anaknya itu.

Malah, ramai yang memuji kecomelan anak kecil berusia dua tahun itu.

“Comel jer dia mengigau coco train.

“Anak saya umur dua tahun pun boleh bangun sekejap menyanyi A is for apple, lepastu tidur balik.

“Sebiji anak saya sekarang dah mula mengigau …Apa yang dia sebut semua game dan  nama-nama  cerita yang dia tonton.

“Comelnya adik semoga adik menjadi anak yang soleh dan pandai ilmu dunia dan akhirat. Aamin,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih satu juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka.

Written by: Salma