“Choi, sorry sikit… kita tak operate, kita pakai gam je.”
Demikian jawapan ‘padu’ pelakon Riena Diana apabila tampil menafikan dakwaan dirinya menjalani pembedahan kosmetik bagi membetulkan bentuk telinganya yang dikatakan capang sebelum ini.
Menerusi video tular di TikTok, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, menjawab tuduhan netizen yang membandingkan penampilannya dahulu dan sekarang.
“Orang sibuk cakap saya buat apa operation telinga lah. Saya seru orang-orang capang sekalian dan juga siapa yang menuduh kata saya dengan dulu sekarang lain.
“Yang kata ‘eh telinga dia bukan capang ke dulu?’, ‘macam tu lah artis, kan… mesti pergi operate telinga’,” katanya dalam nada selamba.
Namun, Riena sempat ‘membidas’ komen berkenaan sambil meratakan sejenis produk di belakang telinganya sebagai bukti dia tidak menjalani sebarang pembedahan.
“Choi, sorry sikit… kita tak operate, kita pakai gam,” katanya berseloroh.
Riena turut meratakan produk itu di belakang telinganya sebagai bukti perubahan pada penampilan dirinya bukan disebabkan prosedur pembedahan seperti yang didakwa sesetengah pihak.
@inayahbeautytrading Ni rupanya rahsia bagi telinga tak capang🤣#rienadiana #keithfoo #bellaastillah #syedsaddiq #watieshuib #talita #thalita #kesetiaan #watiehanafiah #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2025 #TikTokShop