Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Satu Keluarga Mengamuk Hancurkan Kereta Sebelum Kena Tarik Undang Bualan Ramai

today23 October 2024

Background


Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok, wanita tersebut bersama beberapa individu lain dilihat mengetuk cermin hadapan kenderaan itu menggunakan batu berkali-kali.

Difahamkan, kereta tersebut ditarik kerana pemiliknya gagal membayar hutang secara ansuran selama lapan bulan.

Tindakan mereka menghancurkan kereta itu juga dikatakan sebagai cara melepaskan kemarahan kepada pihak berkenaan.

“Khabarnya kes 8 bulan tak bayar installment, dirosakkannya kereta tu sebelum kena tarik.

“Kereta sudah ditarik di luar kawasan rumah. Pemilik masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta masuk ke kawasan rumah. Sebab itu bumper tercabut.

“Dikatakan kereta ini sambung bayar. Keluarga ini dah bayar pemilik asal tapi pemilik asal tak bayar ke bank,” tulis seorang individu.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan