Pelakon, Diana Amir memberitahu dia masih banyak perlu belajar dalam ilmu agama selepas mengambil keputusan untuk berniqab pada awal tahun lalu.
Diana atau nama lengkapnya Nurdiyana Amir Hashim bersyukur apabila dapat berkongsi ilmu tentang agama bersama pengacara dan usahawan, Noor Neelofa.
“Neelofa bagitahu sebab saya juga seorang niqabis (wanita berniqab) dan kami datang dari industri hiburan yang sama, jadi saya faham kepayahan itu.
“Masha-Allah, saya juga masih banyak perlu belajar. Alhamdulillah, saya dapat berkongsi serba sedikit pandangan daripada sudut saya, dan saya juga mempelajari sesuatu daripada awak (Neelofa).
“Diharap Allah memandang perkongsian ini dengan pandangan rahmat. Amin Ya Mujib,” tulis Diana.
View this post on Instagram
Diana diundang menjadi artis undangan dalam sebuah program bual bicara Neelofa baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian Diana itu dihujani dengan kata-kata positif selain ada yang berharap kedua-dua selebriti ini terus kekal istiqamah dan menjadi inspirasi kepada semua.
Sumber: Instagram dianaamir