Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Saya Tak Dibayar, Itu Kehendak Saya!” – Isu ‘Lembu’, Kak Long 7E Mahu Henti Salahkan Aliff Syukri & Baby Shima

today17 August 2022

Background

Kak Long 7E  tampil menjawab segala tuduhan dan tohmahan netizen akibat melakukan aksi yang dianggap sangat keterlaluan dalam sebuah video tular memaparkan dirinya bersama usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri dan penyanyi dangdut, Baby Shima.

Kak Long yang pernah tular kerana insiden amukan di kedai serbaneka 7-Eleven pada awal tahun lalu menegaskan dia tidak dibayar atayu menerima sebarang upah daripada Aliff Syukri mahupun Baby Shima untuk beraksi sedemikian.

Jelasnya lagi, Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura berkata dia merelakan sepenuh hati untuk dijadikan seperti ‘lembu’ yang dilihat dibonceng oleh Baby Shima dalam video berdurasi 21 saat dimuat naik di aplikasi TikTok itu.

“Kepada netizen-netizen yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun.

“Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri. Cukup salahkan Datuk, cukup salahkan Baby Shima.

“Ini bukan permintaan Datuk, ini adalah kehendak saya sendiri. Saya yang rela hati nak buat sendiri. Buat apa nak marah-marah Datuk? Tak fikir ke perasaan orang?” ujarnya menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Tidak henti disitu, Kak Long 7E turut menyeru pada netizen untuk berhenti menunding jari kepada orang lain dan hanya menzahirkan kata-kata yang baik saja.

“Kalau nak saya buat perkara baik lepas ni, netizen perlu komen benda-benda yang baik juga. Cukup salahkan orang.

“Datuk tak ada bayar saya apa-apa pun untuk saya buat video penjelasan ini. Video Baby Shima duduk atas saya memang tiada siapa yang paksa pun, saya rela hati,” tegasnya lagi.

Terdahulu, heboh di serata media sosial mengenai sebuah video yang mempamerkan aksi yang dikatakan ‘lincah’ oleh segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib Kak Long 7E kerana dijadikan seperti lembu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kesian Tengok Muka Menahan Malu..” – Netizen Sedih Kak Long 7E Diperlakukan Seperti Lembu?

Artikel Berkaitan: Dikecam Netizen Gara-Gara Duduk Atas Kak Long 7E, Ini Respons Baby Shima – “Daripada Duduk Atas Aliff Syukri”

Sumber: mStar

Written by: Salma


Previous post