
KUALA LUMPUR: Azhan Adnan masih ingat pertolongan seorang wanita India yang menghubunginya selepas terkesan melihat kesusahan anak-anak miskin bandar sekitar Chow Hidup hidup dalam serba kekurangan, dua tahun lalu.
Ketika itu, beliau atau mesra dengan panggilan Abe Hae baharu memulakan insiatifnya di bawah NGO Pertubuhan Jejak Jalanan menggunakan duit poketnya sendiri dan pastinya memerlukan bantuan kewangan bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan di kotaraya.
“Wanita India itu minta nombor akaun bank dan terus masukkan RM500, dia tersentuh melihat video anak-anak lorong tiada pakaian dan kelengkapan bilik tidur baik.
“Sejak itu kami dapat banyak sumbangan dari rakan-rakan bukan Melayu Islam, saya tak kenal mereka dan datang daripada pelbagai latar belakang,” katanya kepada FMT sambil menghargai sumbangan itu yang memberi semangat…