Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Sejak Bila Jadi Pelawak Pula Ni?” – Lepas Kena Perli Netizen, Adira Suhaimi Tebang Rumput

today5 January 2023

Background

Penyanyi, Adira Suhaimi berkongsi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya telah menimbulkan pelbagai reaksi pengikutnya.

Ia ekoran sebuah video yang memaparkan Adira sedang berkelah bersama anak-anaknya di luar rumahnya namun rata-rata netizen mengkritik persekitaran halaman rumahnya penuh semak samun.

Susulan itu, tidak sampai tiga hari pelantun lagu terkenal Illusi memuat naik video terkini menunjukkan halaman rumahnya kini telahpun bersih dan tidak lagi semak dengan rumput.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Adira yang dikatakan sangat masuk air.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang bertanya sama ada Adira telah menukar kerjaya daripada penyanyi menjadi seorang pelawak.

“Dalam masa dua hari setel hahaha. Sabar jela, rumput rumah orang pun dok jaga..” kata seorang netizen.

“Menganjing betul, boleh tahan masuk air juga ek,” tulis netizen lain.

“Ulang-ulang aku tengok perangai Adira ni. Hamek kau dia dah mesin siap menari lagi,” tambah netizen lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih sebanyak 800,000 tontonan, 26,000 ribu dan lebih 900 komen.

Written by: Aqilah


Previous post