Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi situasi di mana sekumpulan pelancong yang tertarik untuk belajar dikir barat.
Difahamkan, pada awalnya mereka hanya melihat kumpulan tersebut membuat latihan persembahan daripada bawah.
Namun, mereka dijemput naik ke atas pentas dan belajar sendiri melakukan persembahan berkenaan.
“Minah-minah Salleh Dikir Barat. Bukan main semangat lagi. Nanti kita up lagi sebelum dorang naik atas pentas. Siap joget lagi mula-mula tengok dari bawah pentas,” tulisnya.