Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Selepas Kontroversi Bikini, Yazmin Aziz Terpalit Isu Peluk & Cium Pemain Bola Sepak Asal Brazil

today8 July 2022

Background

Selepas isu berbikini, penyanyi Yazmin Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila video yang dikongsikan menerusi aplikasi Tik Tok teman lelakinya mendapat kecaman dalam kalangan warganet.

Malah, aksi mesranya bersama teman lelaki yang juga pemain import kelab bola sepak Kelantan FC iaitu, Nixon Guylherme Brizolara itu, turutΒ mencetuskan pelbagai spekulasi apabila kedua-duanya dilihat secara terbuka berpelukan dan bercium di khalayak ramai.

Namun, malangnya video tersebut telahpun dipadam oleh penyerang kelahiran Brazil itu.

Menjengah di akaun Tik Tok milik Yazmin pula, beliau dilihat ada memuat naik video pendek berdurasi 14 saat dengan berlatar belakangkan lagu Ruth B berjudul Dandelions menunjukkan dia dan teman lelakinya sedang meluangkan masa bersama-sama di Genting Highlands, Pahang sambil menari dan berpelukan.

Namun, menurut Yazmin, ketika itu dia tidak datang berdua malah turut ditemani oleh ahli keluarga yang lain.

Sementara itu, terdapat segelintir pengikut Yazmin yang mula mempersoalkan bab halal haram selepas melihat aksi mesra pasangan ini.

Terdahulu, Yazmin mula meraih perhatian orang ramai setelah beliau berjaya menempa nama dalam program nyanyian realiti televisyen bersama Daniel Chuer dan Aishah Retno, selain terkenal sebagai seorang pempengaruh media sosial

@yazminaziz To be genuinely happy is a blessing ❀️ #fyp #tiktokmy #love ♬ Dandelions (slowed + reverb) – Ruth B.

 

Written by: Aqilah


Previous post