Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Sering Bawa Watak Sweet Dalam Drama, Kini Giliran Syukri Yahaya Berlakon Bersama Isteri Pula

today7 June 2023

Background

Pelakon yang cukup terkenal dengan watak suami romantis, Shukri Yahaya tampil dalam sebuah video bersama isterinya, Tya Adnan.

Video tersebut bertujuan untuk mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

@pakmatwestern Sweet betul Shukri Yahya dan isteri…kalah drama lain 🀣 #fyp #foryou #viral ♬ original sound – pakmatwesterncafe

Menerusi video tersebut, Shukri kelihatan mesra dan romantis di samping Tya dan netizen menyifatkan aksi mereka boleh mengalahkan drama lain.

Difahamkan, sebelum ini, kebanyakan strategi promosi jenama terbabit dilakukan dengan menghimpunkan pelakon-pelakon drama dan filem terkenal untuk mengimbau kembali naskhah tersebut seperti Istanbul Aku Datang, Adnan Semp-it dan 7 Hari Mencintaiku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan suami isteri yang mesra dan romantis itu.

“Wah sweetnya macam lebih dari drama TV3.

“Tak, sekarang ni diorang bersweet-sweet aku pulak yang blushing.

“Tolong buat drama suami isteri ni please. Sweet sangat,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Shukri dan Tya sudah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun dan dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Written by: Aqilah