Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Shuib Sedang Kenali Hati Budi Seseorang – “Dia Pilihan Ibu Saya”

today15 August 2022

Background

Pelawak dan usahawan popular, Shuib mengakui dia sedang mengenali hati budi seseorang ketika ini.

Memetik laporan Melodi, Shuib dipercayai sedang cuba membuka hati untuk mencari pasangan dan ibu buat anak-anaknya.

“Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah,” katanya.

Namun, dia tidak mahu memberi sebarang komen sama ada dia bakal berkahwin dengan wanita berkenaan.

“Saya tak berani nak komen tentang itu sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini ditangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap tentang ini (jodoh) sebenarnya.

“Kalau ada (jodoh) saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja,” katanya.

@ecahwady Pengakuan Shuib ❤️❤️❤️ #fyp #fypシ #artismalaysia🇲🇾 #melodi #shuib ♬ original sound – ecahwady

Pada masa sama, Shuib memberitahu wanita tersebut bukan dari dalam industri seni.

“Dia orang biasa-biasa sahaja. Dia pilihan ibu saya,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Shuib pernah dikaitkan dengan pelakon Zara Zya dan Wan Sharmila.

Namun, bekas penyampai Hot FM ini menjelaskan yang dua wanita terbabit hanya sekadar rakan industri sahaja.

Written by: Aqilah


Previous post