Pelawak dan penyampai radio, Shuib meneruskan memfailkan saman terhadap John Dihani selepas individu tersebut menarik balik permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram (IG) serta melantik peguamcara untuk mewakili dirinya.
Artikel Berkaitan: Shuib ‘Heret’ John Dihani Ke Mahkamah
Artikel Berkaitan: John Dihani Minta Maaf, Menyesal Fitnah ‘Buta Tuli’ Shuib & Siti Sarah
Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Itu Melampau! Dah Macam Saya Bunuh Siti Sarah’ – Shuib
Padam permohonan maaf
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib berkata dia menghantar saman terhadap John atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi, 37, menerusi peguamnya, Syed Afiq Syed Albakri daripada Tetuan Zharif Nizamuddin, pada Selasa.
Kata Shuib, saman terhadap John diteruskan selepas mendapati hantaran yang dibuat di media sosial pada 4 Julai lalu telah dipadam.
Selain itu, John menafikan semua tindakan atau fitnah yang dilemparkan kepada Shuib pada 10 Julai melalui peguamcara.
Jadi pada 4 Julai dia telah…