Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Siap Sempat Bergurau! Azhan Rani Kongsi Momen Berbual Dengan Budak Afghanistan Pandai Cakap Melayu

today13 September 2023

Background

Pelakon Azhan Rani berkongsi sebuah video ketika dia berada di Afghanistan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), video tersebut memaparkan pelakon drama Nur itu sedang berborak bersama dua orang kanak-kanak tempatan.

Apa yang menarik perhatian adalah salah seorang kanak-kanak tersebut yang bernama Safia fasih berbahasa Melayu apabila berborak bersama Azhan.

Disoal Azhan dimanakah dia belajar bahasa Melayu, Safia menjawab dia belajar di sekolah di sana.

“Lepas ni kena raya kat Afghanistan la pulak ke aku ni.Β  MashaAllah cantik kan? adik pun hensem.

“Bijak petah dia bercakap. Pandai pulak cakap melayu,” kongsi Azhan.

Menurut Azhan, kedua beradik tersebut sangat popular di tempat tersebut kerana ramai jemaah Malaysia berkunjung ke sana,

Lebih lucu, Azhan sempat bergurau apabila bertanya adakah Safia mempunyai kakak.

“Rupanya popular Safia dengan adik dia ni kat tempat makan popular jemaah Malaysia ni. Souk SamakΒ  Syarik Qurban nama tempat ni.

“Semoga Allah lindungi dan berkati dua beradik ni.

“Beli tisu dia tadi rasa macam tak nak pakai. kot-kot betul dia ada kakak nanti panas-panas ni boleh gak hulur tisu buat lap. Eh.. apa benda ni. ok fokus .. fokus #astagfirullahalazim,” seloroh Azhan.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet terhibur dengan gelagat Azhan yang sempat bergurau dengan kanak-kanak tersebut.

Written by: Aqilah


Previous post