
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang pemberi maklumat esok, bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan tersebut, berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.
Beliau juga berkata tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau melindungi mana-mana pihak dalam kes itu.
“Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan,” katanya lapor Bernama, pada sidang media di Kota Kinabalu.
Terdahulu, media melaporkan NGO Lawyers for Liberty (LFL) akan menyerahkan kepada SPRM video penuh mengenai skandal rasuah di Sabah.
Pengasas bersama LFL, Latheefa Koya, berkata video tersebut tidak diedit dan diperoleh…