Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda kongsi detik menggembirakan buat dia dan ahli keluarga lain kerana bakal menerima nenek tiri baru.
Difahamkan, atuknya bakal melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya. Dia kemudian berkongsi detik-detik daripada majlis merisik sehinggalah kepada majlis akad nikah atuknya itu.
Keluarga itu kelihatan sangat sporting dan gembira kerana telah menerima nenek tiri baru dalam keluarga mereka. Atuknya itu juga dengan jelas terpancar kegembiraan diwajahnya sebaik saja selesai akad nikah.