Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Sucinya Wajah Mereka” – Dai Syed Saling Berkongsi Cerita Dengan Individu Dakwa Cicit Nabi Muhammad

today18 October 2022

Background

Pendakwah selebriti Da’i  Syed mencuri perhatian ramai selepas tular sebuah video memaparkan momen-momen pertemuan bersama individu yang mendakwa dirinya cicit salasiah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Menerusi sebuah video TikTok rasmi miliknya, Da’i Syed hadir ke beberapa majlis keagamaan yang dikendalikan oleh individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi.

Berdasarkan sebuah video, Da’i Syed meluahkan rasa syukur dan teruja apabila diberi kesempatan untuk saling bertukar pendapat dengan Mawla tersebut.

“Kami saling bertukar cerita,” tulisnya di kapsyen video tersebut.

Meskipun kehadiran Mawla ke Malaysia menjadi hujahan hebat segelintir pihak yang mempersoalkan identiti sebenar beliau, namun ada juga sesetegah pihak yang seakan terharu melihat kemesraan Da’i Syed dan Mawla.

Rata-rata netizen memuji wajah kedua-dua insan hebat itu yang tampak sangat tenang.

Meskipun video tersebut berlatarbelakangkan sebuah lagu, bagaimanapun netizen mendakwa mereka berdua saling bertutur dalam bahasa Arab.

Sebelum ini, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil memberi pandangan peribadi mengenai Mawla ekoran kontroversinya yang didakwa cicit Nabi Muhammad SAW.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Individu ‘Claim’ Cicit Nabi Muhammad, Netizen Puji Cara Orang Berilmu Jawab

Artikel Berkaitan: [VIDEO]”Bukan Ada Babak Atas Katil Pun…” – Teruk Dikecam Gara-Gara Rakam Video Dengan Anna Jobling, Da’i Syed Dituduh Gatal

Written by: Aqilah


Previous post