Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi situasi semasa dia ingin mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Namun, si ibu tidak jadi turun mengambil anaknya selepas melihat kanak-kanak itu memakai topeng sebaik saja keluar dari perkarangan sekolah.
Situasi itu membuatkan si ibu tergelak melihatnya. Difahamkan, itu adalah topeng hasil buatan anaknya sendiri melalui subjek Pendidikan Seni.