Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Tak Pernah Tak Drama…” – Anak Achey Minta Hantar Pergi Sekolah Naik Superbike

today11 June 2023

Background

Keletah anak kepada pelawak Achey, Tiara Zinnirah di media sosial sering mendapat perhatian netizen.

Terbaru, Achey telah berkongsi sebuah video dia bersama Tiara di atas motor menerusi akaun TikTok miliknya.

@achey_kintangkintung

Macam2 drama nak g school

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

“Macam-macam drama nak pergi school,” tulis Achey di kapsyen video tersebut.

Apa yang lebih mencuti hati adalah riak wajah muka Tiara yang masam di atas motor tersebut.

“Aku sorang je ke tengok anak dia pun dah rasa lawak. Anak yang bijak Tiara ni.

“Muka dia tak buat apa apa pun tengok mesti nak gelak. Lawak macam bapak dia.

“Adoi muka Tiara tak buat lawak pun dah rasa kelakar. Comel betul lah dia ni,” tulis netizen di komen.

Terdahulu, gelagat Tiara sudah pun mendapat perhatian netizen terutamanya apabila Achey memuat naik video Tiara tersangkut di tiang gol.

Video tersebut telah meraih pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata terhibur melihat gelagatnya dan mendapat jutaan tontonan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rambut Tiara Tersangkut Tiang Gol, Achey Hampir Pitam Dengan Kerenah Anak

Written by: Aqilah


Previous post