Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kisahnya yang pernah berdepan dengan wabak Covid-19. Difahamkan kandungannya semasa itu berusia 22 minggu dan berada di tahap 5 Covid-19Difahamkan dia semasa itu kandungannya berusia 22 minggu dan berada di tahap 5 penyakit itu.
Oleh kerana itu, dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) oleh kerana tahap kesihatannya yang merosot ketika itu. Dia kemudian dimaklumkan oleh doktor untuk ditidurkan demi menyelamatkan kandungannya dengan kaedah pembedahan.
Menurutnya, dia hanya ditidurkan dalam masa lebih kurang 5 hari dan itu semua bergantung kepada badan pesakit itu sendiri. Malah, dia juga perlu ‘diterbalikkan’ tetapi dia bersyukur kerana hanya sekali saja dilakukan selepas melahirkan anak dan badannya menunjukkan peningkatan.
Dia juga terkejut selepas tersedar daripada tidur itu, dia dimaklumkan bahawa dia sudah bersalin. Walau bagaimanapun, dia terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi setelah doktor memaklumkan…