Di dalam video tersebut, lelaki berkenaan memberitahu pada awalnya ibunya telah dihantar ke Hospital Jempol pada 2 April lalu kerana ibunya mengadu sakit pada bahagian dada.
Malah, setibanya di hospital tersebut dia mendakwa ibunya perlu mengambil masa selama empat jam sebelum diberikan wad untuk rawatan lanjut di hospital itu.
Sebaik sahaja jumpa doktor, ibunya disahkan dijangkiti Covid-19. Dia sebelum itu mengalami demam pada 4 April dan diambil sampel darah.
Namun, oleh kerana dia dan ibunya mendakwa telah menerima layanan yang teruk daripada pihak hospital sehingga menyebabkan tangan ibunya bengkak kerana menahan sakit.
Oleh kerana itu, dia nekad membawa keluar ibunya daripada hospital selepas beberapa hari menerima rawatan di situ.
Menurutnya, dia juga mengambil keputusan tersebut kerana bimbang dengan maklumat ‘buruk’ yang didengar di hospital berkenaan termasuklah kemungkinan boleh ditidurkan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit memberitahu kesemua maklumat dan bukti telah pun…
