Kalau dulu, orang ramai akan menunggu depan TV semata-mata nak menonton iklan Raya, sekarang sudah tidak perlu lagi kerana semuanya boleh didapati di hujung jari dengan adanya laman seperti YouTube, Facebook, Twitter dan lain-lain.
Iklan Raya ini mampu bermain dengan emosi penonton. Ada iklan yang mencuit hati membuat penonton tertawa, ada juga iklan Raya yang menusuk kalbu sehingga berjaya membuat penonton menangis.
Semua ini bergantung kepada jalan cerita iklan Raya tersebut. Setiap…