Site icon Hot FM

[Video] Tiada Latar Belakang Voice Over, Tapi Suara Gadis Ini Sebiji Pramugari!

Baru-baru ini, telah tular sebuah video yang menampilkan VO (voice over) pengumuman sebelum memulakan perjalanan menggunakan sebuah syarikat kapal terbang di Indonesia.

Dalam video berdurasi satu minit itu, jelas memaparkan seorang pemuda  dan gadis sedang menyampaikan aspek keselamatan bagi penumpang kapal terbang itu dalam dua bahasa, iaitu bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris.

Lebih menarik lagi, gadis berkenaan tidak mempunyai latar belakang voice over dan cuma lakukan perkara tersebut secara suka-suka.

Sehingga kini video tersebut telah menerima banyak perkongsian selain pemuda dan gadis tersebut juga telah di undang untuk ditemu ramah menerusi satu program bual bicara di Indonesia.

Exit mobile version