Selalunya agensi kerajaan atau swasta akan memilih untuk mengadakan majlis berbuka puasa sahaja, tapi pada tahun ini syarikat pemaju, Tropicana Corporation Berhad dengan tema, ‘Detik yang dikongsi, Adalah detik yang dihargai’ membuat sedikit kelainan dengan menyediakan beberapa aktiviti yang menarik untuk adik-adik dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Central Park, Tropicana Heights, Kajang. Kena tengok video ini untuk mengetahui apa aktiviti tersebut.
Jelas sekali, keseronokan di setiap raut wajah adik-adik Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dengan aktiviti yang disediakan. Walaupun berpuasa, namun mereka tetap aktif melakukan aktiviti dan juga bersemangat shopping raya di Tropicana Gardens Mall.
Lepas bergambar sebagai kenangan, adik-adik ini dibawa ke Tropicana Golf & Country Resort untuk menikmati pemandangan penuh kehijauan sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Rambang mata bila tengok lebih 200 jenis hidangan. Walaupun letih, adik-adik ini…