Hot FM

Video tular kasari ibu, pengawal keselamatan ditahan bantu siasatan


Hanyan Ramlan
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan minta orang ramai agar tidak buat spekulasi dan benarkan polis jalan siasatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:

Polis menahan seorang pengawal keselamatan bagi membantu siasatan berhubung video tular menunjukkan kekasaran terhadap wanita dipercayai ibunya di hadapan pejabat zakat di Sungai Petani semalam.

Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan untuk siasatan lanjut bagi memastikan sama ada benar-benar wujud unsur kekerasan seperti yang dilihat dalam video tular itu.

“Kita perlu lebih telus dan siasat sama ada, ada tak saksi-saksi lain untuk bantu kita, berlaku atau tidak kekerasan … ataupun mungkin daripada sudut-sudut tertentu nampak macam berlaku kekerasan, tapi sebenarnya tidak.

“Jadi saya nak minta bantuan … sekiranya ada saksi ataupun video-video lain yang boleh bantu pihak polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut pandangan, minta tampil,” katanya kepada pemberita ketika hadir di sebuah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version