Site icon Hot FM

Video tular kemalangan kereta peronda polis di Manjung kes lama


Video tular kemalangan dua kenderaan dan kereta peronda polis itu dikesan berlaku pada Jun 2019, kata polis.

IPOH: Video kemalangan dua kenderaan dan sebuah kereta peronda polis di Facebook “B40 Buat Perangai Apa Hari Ini” adalah visual lama yang ditularkan kembali.

Ketua Polis Manjung, Mohamed Nordin Abdullah, berkata kes itu sudah selesai dan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas pesalah empat tahun lepas.

“Kita mengesan satu hantaran dimuat naik pemilik akaun bernama ‘Jack’ dalam laman Facebook kira-kira 3 petang tadi (semalam). Hasil siasatan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan dan sebuah kereta peronda polis berlaku pada 21 Jun 2019,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku di lampu isyarat Jalan Mempisang, Seri Manjung ketika kereta peronda polis membawa seorang tahanan lelaki dari arah Hospital Seri Manjung ke Balai Polis Sitiawan dilanggar sebuah kereta jenis Honda Civic yang menghala ke Kampung Cina.

“Pada masa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version